Showing posts with label Love Story. Show all posts
Showing posts with label Love Story. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Sebenarnya Cinta.


Christina Perri - A Thousands Years
Twilight Breaking Dawn pt. 1



Ya Allah, apakah rasa ini ? Apakah memang dia ? Maksudku, apakah dia yang pernahku cuba ingin bersama suatu masa dulu ? Ibarat bertemu kembali setelah kau pisahkan kami selama dua tahun lamanya dan aku menyepi mengikut hawa nafsu melayari kehidupan bernoda. Dia yang sepertiku, berubah ke JalanMu ya Allah, setelah Kau berikan taufiq dan hidayah kepada kami. Dia yang kembali melintasi hati dan rasa ini. Dia yang aku jatuh cinta kerana kekuatannya dan akhlaknya walaupun lamanya menyepi. Dia yang sentiasa dekat di sisi walau jauh rasa cinta itu. Apakah dia itu Sebenarnya Cintaku dariMu, ya Allah ? Hanya yang kutahu sebenar cintaku hanya padaMu ya Allah, pada utusanMu Muhammad SAW dan pada kedua ibu bapaku. Apakah selama ini aku dibutakan nafsu memilih yang bukan untukku sekadar menjadikan aku jauh daripada Mu, ya Allah ? Hanya yang kutahu aku telah banyak berdosa kepadaMu ya Allah. Apakah aku tidak sedar akan perkara ini ? Hanya yang kutahu dia mungkin lebih memilih lelaki yang lebih mulia dariku. Dari itu, aku menjauhkan diriku daripadanya. Perasaan ini datang kembali namun kali ini membuatkan aku berfikir tentang keindahan dan kebesaranMu. Kerana dia, aku berfikir tentang Kau, ya Allah. Kerana dia, aku memilih kesucian dari kebatilan. Kerana dia, aku jadi malu terhadap diriku sendiri. Kerana dia, aku jadi dewasa. Kerana dia, aku kenal erti cinta sebenar yang Kau hadirkan. Benar kata - kata orang; kerana Iman, kita akan lihat perkara yang baik jauh lebih banyak dari perkara yang buruk. Iman paksi cintaku pada dia. Imanku padaMu ya Allah yang menjadikan aku memilih dia. Tidak kuharapkan rupa menawan seperti bidadari, akhlak seindah muslimah sejati, ketabahan sekuat srikandi Islam, harta menggunung dan segalanya. Hanya kuharap dia yang cukup serba - serbi untuk dijadikan seorang isteri yang sah menurut Islam. sekadar CUKUP. Cukup untuk mewujudkan keluarga sakinah dan mengekalkan Bai'ah Islamiah di muka bumi yang sementara ini. Padaku dia bidadari, cukup muslimah, cukup srikandi dan cukup segalanya. CUKUP. Aku lemah dalam perkara sebegini ya Allah. Bimbinglah aku, jangan tinggalkan aku lagi dan biarkan aku sesat di dalam lembah noda. Izinkan aku bersamanya untuk selamanya ya Allah. Izinkan dia manjadi jodohku dan isteriku, hingga nafas terakhirku. Mungkin dialah Sebenarnya Cinta. Sebenarnya Cintaku DariMu.


Menangis tak bersuara,
Menyanyi tak bernada,
Hanya kerana Dia,
Aku tetap sedia,
Demi akhirat dan dunia.
Kasih hanya satu,
Walau terpaksa pergi dahulu,
Tetap akanku beradu,
Demi yang satu.
AAMA...

Saturday, November 12, 2011

Hang You Up - Yellowcard


Well, just Hang You Up and already did, long ago.

Monday, July 11, 2011

DUA tahun.

Menghampiri 2 tahun itu, dan aku mulai... Subhanallah, Astagfirullah.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Kuasa, lupekanlah aku tentang dia, SEGALANYA.


[30 August 2009 - 30 August 2011]

DUA tahun yang penuh kegembiraan, liku dan onak duri. Terima kasih.
YAMHULLAHU MAYYASHAA'.

Sunday, June 26, 2011

Hampir 'SETAHUN'.

Hampir setahun sudah dari tarikh itu. 


(5 / 9 / 2010 - 5 / 9 / 2011)


Aku akan terus tabah. InsyaAllah. Allah swt sentiasa bersama denganku.

Baju itu...

 Perhatian! Jangan tengok background, focus pada baju. sekian...
^
^
^
Baju itu... Hmm... Aku tak tahu kenape aku suka sangat pakai baju ni since dari ia dibeli dan diberi (8/8/2010) sehinggalah sekarang. Bukan sebab design cantik or anything related yang buat aku suka pakai baju ni. There's a sentimental feeling bila aku pakai baju ni, biarpun berulang-ulang kali walaupun tak basuh. Aku suka and sayang sangat dekat baju ni. Bila pakai, terasa macam dekat sangat dengan someone. Banyak kenangan. Hmm... 

"Terime kasih awak, biarpun kita dah takda apa2 and awak maybe or dah ade someone, saya akan jage segala barang yang awak pernah hadiahkan pada saya and belikan untuk saya dengan sebaik-baiknya dan seelok-eloknya. Tu jelah 'bahagian awak' yang masih lagi nak dengan saya. Saya hargai segalanya. Jutaan terima kasih untuk awak."




Keikhlasanku~
AAMA

Saturday, June 11, 2011

Tulang Rusuk Kiri.

malay wedding by forwantabetterworld Wahai Pasangan Tulang Rusuk Yang Allah Pilih Untukku
Wahai kau pasangan tulang rusukku,

Siapa dan dimanakah kau aku mencari
Ku harap saat itu indah dalam pencarianku
Aku hanyalah sebutir pasir dihamparan luas
Dilahiran dengan suka cita
Dibesarkan dalam kasih keluarga
Dengan harapan suatu saat aku boleh berbahagia
Menemui kekasih sejati yang memberikan cinta
Mengasihi dengan tulus apa adanya
.
Wahai kau pasangan tulang rusukku
Harapan tulus ku aturkan untukmu
Semoga kau boleh memberikan semua tu
Menjadikanku insan bahagia dengan kasihmu
Membuatku dekat pada Illahi Rabbi ku
Selalu merindukan kehadiranmu
Untuk beribadah bersama dalam naungan kasih sayangmu
Menciptakan istana tahajud dalam sujud panjang bersamamu
Menggapai keredha’an dan syurga Illahi Rabbi ku
.
Saat janji indah sehidup semati kau ucap untukku
Disaat kau halal bagiku
Semoga saat tu adalah awal tanggungjawabku
Menjadi imam yang setia bagimu
Mengabdikan diri sepenuh jiwaku
Berjuang bersama menegakkan panji Islam itu tekadku
.
Kau adalah yang terindah bagiku
Segala ucapanmu adalah sebuah motivasi bagiku
Selama baik dalam syari’atku
Bersama harungi bahtera kehidupan baru
Menciptakan keluarga sakinah mawardah
Menjadi madrasah indah bagi buah hati kita
Membentuk mujahid dan mujahidah
Yang ditangannya ada semangat jihad
Menegakkan panji-panji islam
Berjuang dengan hati dan jiwanya sebagai syuhada’
Dengan balutan kasih sayang yang indah
.
Kau hadir sebagai penyempurnaku
Rengkuh aku dalam kasihmu saat aku berada dalam kelemahanku
Ketika amarah merajai hidupku
Jadikan dirimu penyejuk hati dengan senyuman ikhlas dan perhatianmu
Penenang aku dengan kasih lembut mu itu
.
Ku hanya ingin menggapai keredhaanmu wahai pasangan tulang rusukku

Saat diri ini menutup mata meninggalkanmu
Untaian doa kan senyuman ikhlas akan mengantarkanku
Kerana engkaulah pelengkap kebahagianku..









Sumber: Wahai Pasangan Tulang Rusuk Yang Allah Pilih Untukku | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/wahai-pasangan-tulang-rusuk-yang-allah-pilih-untukku/#ixzz1OzX2Nz9w



(siapalah agak2nya ek yang Allah swt 'patahkan' tulang rusuk kiri aku untuk Dia ciptakan pasangan bagi aku...? ek ek ek? hahaha ek. i wonder who and whom or how does she looks like. asal sedap mata memandang, nilai untuk saham ukhrawi dan saham duniawi ade dan sesuai dengan kehendak hati aku ni, cukuplah alhamdulillah. janji rumah tangga aman bahagia terjamin segalanya terutama pelaburan ukhrawi aku dengan dia, insyaAllah. aminn)

ikhlaskah kau saat kita saling mencintai?

i love you X by paulie nka Cintai Aku Dengan Ketulusanmu
Saat kau mencintai seseorang
Cintailah dia dengan ketulusan yang muncul dari dalam hatimu
Ketulusan bererti kau mencintai dengan ikhlas
Tanpa harus mengharap imbalan atau balasan darinya untuk mencintaimu
.

Dan ketika kamu benar-benar tulus mencintainya
Maka kamu akan terlelap pada ketenangan yang muncul dari jiwamu
Ketenangan yang selalu menyegarkan hatimu saat mulai melayu
Sungguh ketulusan yang sebenarnya adalah
Ketika kamu selalu berlaku hanya dan demi untuknya
Walau dia tidak pernah lakukan hal itu padamu
.

Ketulusan yang kau berikan kepadanya adalah
sebuah pembebasan dari duka dan deritamu
Kerana ketulusan yang telah kau tanam hanya berbuah kebahagiaan
Bukan kekecewaan yang menyesakkan dada
.

Justeru jika engkau banyak mengharap cinta dari orang yang kau cintai
Engkau akan sering mengalami siksaan batin
Kerana saat itu kekhuatiran dan kegelisahan
Selalu mengikutimu ke mana hatimu bergerak
.

Saat itu pula cintamu tidak pernah tegak berdiri dalam jiwamu
Dimana jiwamu sedang terumbang ambing
Diantara perasaan takut jikalau dia tidak mencintaimu
Bahkan membencimu
.

Dan ketahuilah bahawa cinta yang suci nan murni hanya kan kau rasakan
Dengan gerak hatimu untuk selalu berlaku jujur pada orang yang kamu cintai
Tanpa ketulusan engkau tidak akan pernah bias mencecap betapa manisnya madu cinta
Kerana ketulusan ibarat cawan tempat engkau meneguk madu tersebut
.

Dan jika engkau belum boleh berlaku jujur
Lihatlah ke kedalaman hatimu
Agar dapat kau fahami rahsia hatimu
Hingga akan kau temui seberkas cahaya kesedaran
Yang akan mendorong hatimu untuk jujur dan tulus
.
“Dan kejujuran adalah asas bagi cinta sejati yang selalu ada di hati seorang pencinta
Percayalah bahawa ketulusanmu adalah nafas cintamu”









Sumber: Cintai Aku Dengan Ketulusanmu | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/cintai-aku-dengan-ketulusanmu/#ixzz1OzTUI8w2



(oh cinta yang pernah hadir, cinta yang hadir kerana Allah swt, kerana kekuasaanNya, tiada tandingan rasanya sehingga gembira dan sedih itu dapat disentuh fizikalnya dan zahirnya pelbagai angan2 dan impian. ahaiii, bermadah lah pulak aku ni kan)
euuwww~ please, no love except the love and mercy of Allah swt sahaja. Thank You. fikru wa Jihad fi Iman wa amal wa sabilillah. (fikir dan berjuang atas iman dan amal dan agama)

Wanita itu...

salvation by facheese 15 Anugerah Allah Pada Wanita Tidak Pada Lelaki
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka, ”Tidak.” Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki."

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.








(tak tahu kenape aku nak post something yang berkaitan wanita. maybe sebab perasaan menghargai orang perempuan yang my mum has put it inside my rational thinking machine [h a h a h a] since i was a young boy yang sangat kuat. memang aku pernah ade kesilapan2 dengan kaum wanita ni, tapi sangat tak dinafikan yang aku amat menghargai dan mengasihi perempuan, terutama my mum- best mum in the whole universe. dikesempatan ini, aku nak menghamparkan sejuta rasa penyesalan dan kesedihan serta sejuta kemaafan ke atas mana2 kaum hawa yang pernah dan telah aku sakiti, terutama cik D binti Z [kalau anda terbaca akan post ni, harap anda dapat memaafkan saya dengan sepenuh dan seikhlas hati dan melupakan segala apa yang pernah dan telah berlaku antara kita untuk sekian lamanya. saya akui saya tidak layak untuk anda melainkan anda hanya untuk orang yang lebih baik dan beriman dari diri saya yang hina yang banyak berdosa dan kurang iman dengan Allah Maha Kuasa] dan sekian kaum hawa yang lain. moga hidup kita berterusan berukhwah dalam satu agama yang benar, suci dan aman iaitu ISLAM, insyaAllah. sekian...)

Tuesday, May 10, 2011

talking to the moon- bruno mars

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Monday, May 9, 2011

cerita cinta

Kisah Adam dan Hawa...






Adam diciptakan sebagai manusia pertama oleh Allah swt. Tinggal seorang di syurga tanpa teman dan lalu dia menginginkan seorang. Allah swt perkenankan akan permintaannya lalu telah menciptakan bagi Adam seorang teman, iaitu Hawa. Hawa merupakan godaan untuk Adam dan ujian dari Allah swt menguji ketaatan Adam. Hawa telah membawa Adam kearah ujian Allah tersebut hasil hasutan syaitan kepada Hawa untuk mengajak Adam sama2 makan dan nikmati buah yang dilarang Allah swt. Akibat perkara tersebut, mereka telah dibuang dari syurga Allah swt...


Mereka dipisahkan beratus ribu batu jauh, perjalanan untuk bertemu kembali mengambil masa yang amat lama. Dalam pencarian yang penuh duka dan lara itu, Adam dan juga hawa terkenang akan kesilapan mereka dan kenangan mereka...


"Ya Allah, ampunkan dosaku Ya Allah, terimalah aku kembali Ya Allah. Ampunkan  aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah", pinta dan doa Adam tidak putus kepada Allah memohon pengampunan dan ditemukan kembali dengan Hawa. "Ya Allah, aku amat berdosa kepadu Ya Allah wahai Pemilikku, Penciptaku. Ampunkan aku Ya Allah, ampunkanlah. terimalah aku kembali Ya Allah", berterusan rayuan dan doa Adam. Begitu juga Hawa...


Allah menemukan mereka kembali, kerana kasih sayang Allah kepada mereka. Namun, hati Adam dan Hawa tidak lagi kali ini seperti dulu. Mereka berasa amat bersalah dengan Pencipta mereka kerana mengingkariNya. Mereka terus menerus hidup memohon keampunan dari Allah swt. Adam terus menerus menangis dan tunduk tidak berani mengangkat kepala ke langit sebab akan takutkan Allah swt. Lailaha Illallah...


Adam bertemu cinta hati, tapi tidak bertemu cinta Ilahi. Terus Adam dan Hawa hidup di dunia dalam kesedihan sehingga Adam memohon keampunan melalui perantaraan nama MUHAMMAD saw yang dia terpandang sewaktu dibuang keluar dari syurga Allah swt. Melalui nama itu, Allah swt ampunkan mereka berdua dan mereka hidup seperti biasa atas rahmat Allah sehingga kita semua dilahirkan. Zuriat adam tidak putus dan ada sesetengahnya melalui perkara yang sama seperti Nabi Adam as lalui dalam percintaan dan kehidupan seharian. Salah satunya, diriku sendiri. Kisahku agak sama dengan bapaku Adam as. Aku dipertemukan setelahku pinta, bahagia, diuji Allah swt, berpisah, bertemu kembali, bahagia dan kemudian akhirnya berpisah kembali (adakah akanku bertemu kembali? Semuanya dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah swt). Semuanya berlaku atas kehendak dan kuasa Allah swt. Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Aku amat meyakini itu.


Bukan aku menulis cerita ini kerana aku ingin bercakap soal cinta semata-mata, yang sebenarnya ingin dibicarakan di sini ialah soal keimanan dalam cinta itu. Apakah cinta yang sebenarnya? Cinta manusia atau cinta Allah swt? Astaghfirullah...
Cinta Allah swt itu cinta sebenar. Cinta manusia adalah perantaraan dan ujian. Apa yang penting ialah keimanan dalam percintaan itu. Mengapa? Sebab iman ini mudah rapuh dalam situasi cinta kepada manusia. Iman...
Sedangkan Nabi Adam as sendiri dalam mencari kembali cintanya masih lagi berteraskan iman. Baginda yakin akan Allah itu Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Baginda tidak minta kepada yang lain selain Allah swt. Baginda terus menerus berdoa dan berharap kepada Allah kerana baginda yakin Allah itu Maha Kuasa. Nah! tidakkah ini merupakan hakikat keimanan? Meyakini Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa? Apa lagi yang kita mahukan? bukankah Allah swt berhak atas hidup kita? Allah swt yang beri manfaat, Allah swt yang beri mudharat. Fikirkanlah wahai muslimin muslimat...


Lailaha Illallah, Muhammadur Rasulullah...
Laksanakan perintah Allah ikut cara Rasulullah saw. Iman saudara, iman. satu benda ghaib namun kita sangat2 dapat merasainya, tatkala ia lemah dan tatkala ia kuat. Bagaimana dapat rasa? sebab kita betul2 meyakininya, Meyakini Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Yakinlah Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Cintailah iman dan bercintalah dalam iman. Jaga iman dengan tingkatkannya, bukan kekalkannya. Cerita ini demi Allah swt bukan sekadar hendak cakap pasal cinta, tetapi tentang iman juga. InsyaAllah, fikir dan usaha atas iman dan amal. Dahulukan iman, kemudian ilmu dan akhir sekali amal. Tanpa iman, ilmu tidak berguna dan amal entah ke mana. Demi Allah aku berani bersumpah dan akui sendiri, aku mengalaminya. Jadikanlah cerita ini sebagai pedoman dan hayatilah, bukan hayati cinta tapi IMAN. insyaAllah.








(Aku di sini bukan untuk mengajar, tapi mahu sama2 belajar. kalian semua ada yang lebih baik dariku yang mana kalau ada salahku dalam menyampaikan perkara berkaitan agama, dapatlah diperbetulkan agar dapat manfaat dari Allah swt bersama. InsyaAllah. Usaha atas agama ganjarannya besar dari Allah swt; kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah swt akan tolong kita dalam urusan dunia kita. Alhamdulillah)

Wednesday, May 4, 2011

Untuk Perempuan...

kaum perempuan sekalian, inilah dia tanda2 jika seorang lelaki itu menyayangi, mengasihi dan mencintai anda sangat2...
percaya @ tak, bace, amati dan hayatilah...





Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.





Doa Untuk dan Buat Kekasih...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...


Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...


Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...


Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.