Wednesday, January 18, 2012

Sebenarnya Cinta.


Christina Perri - A Thousands Years
Twilight Breaking Dawn pt. 1



Ya Allah, apakah rasa ini ? Apakah memang dia ? Maksudku, apakah dia yang pernahku cuba ingin bersama suatu masa dulu ? Ibarat bertemu kembali setelah kau pisahkan kami selama dua tahun lamanya dan aku menyepi mengikut hawa nafsu melayari kehidupan bernoda. Dia yang sepertiku, berubah ke JalanMu ya Allah, setelah Kau berikan taufiq dan hidayah kepada kami. Dia yang kembali melintasi hati dan rasa ini. Dia yang aku jatuh cinta kerana kekuatannya dan akhlaknya walaupun lamanya menyepi. Dia yang sentiasa dekat di sisi walau jauh rasa cinta itu. Apakah dia itu Sebenarnya Cintaku dariMu, ya Allah ? Hanya yang kutahu sebenar cintaku hanya padaMu ya Allah, pada utusanMu Muhammad SAW dan pada kedua ibu bapaku. Apakah selama ini aku dibutakan nafsu memilih yang bukan untukku sekadar menjadikan aku jauh daripada Mu, ya Allah ? Hanya yang kutahu aku telah banyak berdosa kepadaMu ya Allah. Apakah aku tidak sedar akan perkara ini ? Hanya yang kutahu dia mungkin lebih memilih lelaki yang lebih mulia dariku. Dari itu, aku menjauhkan diriku daripadanya. Perasaan ini datang kembali namun kali ini membuatkan aku berfikir tentang keindahan dan kebesaranMu. Kerana dia, aku berfikir tentang Kau, ya Allah. Kerana dia, aku memilih kesucian dari kebatilan. Kerana dia, aku jadi malu terhadap diriku sendiri. Kerana dia, aku jadi dewasa. Kerana dia, aku kenal erti cinta sebenar yang Kau hadirkan. Benar kata - kata orang; kerana Iman, kita akan lihat perkara yang baik jauh lebih banyak dari perkara yang buruk. Iman paksi cintaku pada dia. Imanku padaMu ya Allah yang menjadikan aku memilih dia. Tidak kuharapkan rupa menawan seperti bidadari, akhlak seindah muslimah sejati, ketabahan sekuat srikandi Islam, harta menggunung dan segalanya. Hanya kuharap dia yang cukup serba - serbi untuk dijadikan seorang isteri yang sah menurut Islam. sekadar CUKUP. Cukup untuk mewujudkan keluarga sakinah dan mengekalkan Bai'ah Islamiah di muka bumi yang sementara ini. Padaku dia bidadari, cukup muslimah, cukup srikandi dan cukup segalanya. CUKUP. Aku lemah dalam perkara sebegini ya Allah. Bimbinglah aku, jangan tinggalkan aku lagi dan biarkan aku sesat di dalam lembah noda. Izinkan aku bersamanya untuk selamanya ya Allah. Izinkan dia manjadi jodohku dan isteriku, hingga nafas terakhirku. Mungkin dialah Sebenarnya Cinta. Sebenarnya Cintaku DariMu.


Menangis tak bersuara,
Menyanyi tak bernada,
Hanya kerana Dia,
Aku tetap sedia,
Demi akhirat dan dunia.
Kasih hanya satu,
Walau terpaksa pergi dahulu,
Tetap akanku beradu,
Demi yang satu.
AAMA...

No comments:

Post a Comment