Monday, May 9, 2011

cerita cinta

Kisah Adam dan Hawa...






Adam diciptakan sebagai manusia pertama oleh Allah swt. Tinggal seorang di syurga tanpa teman dan lalu dia menginginkan seorang. Allah swt perkenankan akan permintaannya lalu telah menciptakan bagi Adam seorang teman, iaitu Hawa. Hawa merupakan godaan untuk Adam dan ujian dari Allah swt menguji ketaatan Adam. Hawa telah membawa Adam kearah ujian Allah tersebut hasil hasutan syaitan kepada Hawa untuk mengajak Adam sama2 makan dan nikmati buah yang dilarang Allah swt. Akibat perkara tersebut, mereka telah dibuang dari syurga Allah swt...


Mereka dipisahkan beratus ribu batu jauh, perjalanan untuk bertemu kembali mengambil masa yang amat lama. Dalam pencarian yang penuh duka dan lara itu, Adam dan juga hawa terkenang akan kesilapan mereka dan kenangan mereka...


"Ya Allah, ampunkan dosaku Ya Allah, terimalah aku kembali Ya Allah. Ampunkan  aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah", pinta dan doa Adam tidak putus kepada Allah memohon pengampunan dan ditemukan kembali dengan Hawa. "Ya Allah, aku amat berdosa kepadu Ya Allah wahai Pemilikku, Penciptaku. Ampunkan aku Ya Allah, ampunkanlah. terimalah aku kembali Ya Allah", berterusan rayuan dan doa Adam. Begitu juga Hawa...


Allah menemukan mereka kembali, kerana kasih sayang Allah kepada mereka. Namun, hati Adam dan Hawa tidak lagi kali ini seperti dulu. Mereka berasa amat bersalah dengan Pencipta mereka kerana mengingkariNya. Mereka terus menerus hidup memohon keampunan dari Allah swt. Adam terus menerus menangis dan tunduk tidak berani mengangkat kepala ke langit sebab akan takutkan Allah swt. Lailaha Illallah...


Adam bertemu cinta hati, tapi tidak bertemu cinta Ilahi. Terus Adam dan Hawa hidup di dunia dalam kesedihan sehingga Adam memohon keampunan melalui perantaraan nama MUHAMMAD saw yang dia terpandang sewaktu dibuang keluar dari syurga Allah swt. Melalui nama itu, Allah swt ampunkan mereka berdua dan mereka hidup seperti biasa atas rahmat Allah sehingga kita semua dilahirkan. Zuriat adam tidak putus dan ada sesetengahnya melalui perkara yang sama seperti Nabi Adam as lalui dalam percintaan dan kehidupan seharian. Salah satunya, diriku sendiri. Kisahku agak sama dengan bapaku Adam as. Aku dipertemukan setelahku pinta, bahagia, diuji Allah swt, berpisah, bertemu kembali, bahagia dan kemudian akhirnya berpisah kembali (adakah akanku bertemu kembali? Semuanya dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah swt). Semuanya berlaku atas kehendak dan kuasa Allah swt. Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Aku amat meyakini itu.


Bukan aku menulis cerita ini kerana aku ingin bercakap soal cinta semata-mata, yang sebenarnya ingin dibicarakan di sini ialah soal keimanan dalam cinta itu. Apakah cinta yang sebenarnya? Cinta manusia atau cinta Allah swt? Astaghfirullah...
Cinta Allah swt itu cinta sebenar. Cinta manusia adalah perantaraan dan ujian. Apa yang penting ialah keimanan dalam percintaan itu. Mengapa? Sebab iman ini mudah rapuh dalam situasi cinta kepada manusia. Iman...
Sedangkan Nabi Adam as sendiri dalam mencari kembali cintanya masih lagi berteraskan iman. Baginda yakin akan Allah itu Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Baginda tidak minta kepada yang lain selain Allah swt. Baginda terus menerus berdoa dan berharap kepada Allah kerana baginda yakin Allah itu Maha Kuasa. Nah! tidakkah ini merupakan hakikat keimanan? Meyakini Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa? Apa lagi yang kita mahukan? bukankah Allah swt berhak atas hidup kita? Allah swt yang beri manfaat, Allah swt yang beri mudharat. Fikirkanlah wahai muslimin muslimat...


Lailaha Illallah, Muhammadur Rasulullah...
Laksanakan perintah Allah ikut cara Rasulullah saw. Iman saudara, iman. satu benda ghaib namun kita sangat2 dapat merasainya, tatkala ia lemah dan tatkala ia kuat. Bagaimana dapat rasa? sebab kita betul2 meyakininya, Meyakini Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Yakinlah Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Cintailah iman dan bercintalah dalam iman. Jaga iman dengan tingkatkannya, bukan kekalkannya. Cerita ini demi Allah swt bukan sekadar hendak cakap pasal cinta, tetapi tentang iman juga. InsyaAllah, fikir dan usaha atas iman dan amal. Dahulukan iman, kemudian ilmu dan akhir sekali amal. Tanpa iman, ilmu tidak berguna dan amal entah ke mana. Demi Allah aku berani bersumpah dan akui sendiri, aku mengalaminya. Jadikanlah cerita ini sebagai pedoman dan hayatilah, bukan hayati cinta tapi IMAN. insyaAllah.








(Aku di sini bukan untuk mengajar, tapi mahu sama2 belajar. kalian semua ada yang lebih baik dariku yang mana kalau ada salahku dalam menyampaikan perkara berkaitan agama, dapatlah diperbetulkan agar dapat manfaat dari Allah swt bersama. InsyaAllah. Usaha atas agama ganjarannya besar dari Allah swt; kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah swt akan tolong kita dalam urusan dunia kita. Alhamdulillah)

No comments:

Post a Comment