Friday, November 5, 2010

abang oh abang...

abang...
maafkanlah diriku ini jika aku telah merubahmu
sehinggakan kau berpaling dari diriku.
maafkanlah jika aku telah menjadikan kau sunyi
diam seribu bahasa tanpa perbualan mesra seperti dahulu.

abang...
kutahu aku tidak sebaik adik2mu yang lain
yang menyenangkanmu walau di mana dan bila2 masa.
kutahu aku tidak seceria saat pertama kali kita saling mengenali
namun kutetap mencuba untuk menjadi yang sepertinya.

abang...
diriku ini cuba memahamimu
cuba berubah menjadi yang terbaik
sepertimu.
aku mengagumi engkau
wahai abang
engkaulah contoh untuk kekuatan dan ketabahanku.

abang...
kuingin kau tahu bahawa engkaulah yang terbaik
engkau menjadikan aku memahami erti kehidupan.
kuimpikan saat kita bersama
bergurau dan saling bertukar pandangan dan nasihatmu.
aku tak mahu engkau pergi wahai abang
aku mahu engkau ada
aku mahu engkau bisa menjadikan aku manusia.

abang...
aku menyayangimu
seperti saudara kandungku sendiri.
aku mengagumimu seperti aku mengagumi ayahku.
kau adalah contoh terbaik buatku.
janganlah kau menghilang wahai abang
kuingin bersamamu.


nukilan khas buat abang yang paling aku sayang, yang telah menjadi sumber inspirasi dan kekuatanku semasa berada di KPI. dia datang bagaikan cahaya yang menghapus semua kegelapan, di saat aku berada dalam lembah kesedihan. abang, kembalilah. saya rindukan abang. saya rindukan segala nasihat dan gurauan abang.


AAMA

No comments:

Post a Comment