Sunday, June 26, 2011

Nukilan Ahad petang AAMA.

AsSalam...
<<< Apsal serban? Ape kene serban dengan entry kali ni? meh aku nok cerito dekak mung semuo... (kece klate plop doh lo ni. hahaha)


Subuh tadi, bayan subuh dekat Sri Petaling...

Maulana Amir Hamzah: Ingat tuan2 yang mulia, Allah Maha kuasa, makhluk takda kuasa. Hanyasanya Allah swt yang jadikan tiap2 sesuatu itu bermanfaat ataupun tidak. Makanan tak bagi kenyang tuan2 tapi Allah yang bagi. Tidur tak merehatkan diri sebaliknya Allah yang jadikan tidur itu merehatkan.
Maulana Amir Hamzah: Tuan2, kerja dakwah ni penting tuan2. Ni kerja para Anbia tuan2. Kerja yang mulia. Hanyasanya umat Nabi Muhammad saw yang dipertanggungjawabkan dan kita tidak ada rehat untuk kerja ini tuan2. Kerja ini sampai mati. Takda sekarang buat dakwah, sekejap lagi nak pergi buat kerja lain stop kejap dakwah. Takda tuan2. Pahala besar tuan2.
Maulana Amir Hamzah: Tuan2, sekarang ni kita nak tanamkan hakikat dan keyakinan bahawa Allah swt sajalah yang Maha Kuasa dan makhluk takda kuasa dalam hati kita dan hati saudara sesama Islam kita. kita nak sampaikan perkara ni tuan2 supaya saudara2 kita kembali pada agama dan tingkatkan dan mantapkan keimanan mereka pada Allah swt tuan2. Kita nak usahakan agama Allah tuan2 sepanjang masa, pada diri kita dan juga saudara sesama Islam kita.
Maulana Amir Hamzah: Setiap sesuatu yang kita lakukan tuan2, ikhlaskan niat kita. Dalam buat dakwah tuan2, ikhlaskan diri kita, demi agama Allah ni tuan2! ikhlaskan diri kita dalam buat ibadat dan amal kita kepada Allah, demi agama Allah tuan2! Letakkan Allah swt dan Rasulullah saw dalam hati kita tuan, dengan ikhlas. Patuh perintah Allah, ikut contoh Rasulullah, ikhlas! Dengan hidup beragama dan bersunnah sahaja baru berjaya tuan2! Dalam agama dan sunnah ada kejayaan tuan2!


Jadi, apa kaitan dengan serban? camnilah, serban adalah sunnah Nabi saw. Dengan sunnah baru ada kejayaan. Dakwah adalah kerja para Anbia. Kerja ni mulia, umat Nabi Muhammad jek yang dapat, umat nabi lain tak. Ada kejayaan dalam usaha atas agama ni. Beribadat dan beramal dengan ikhlas [ibarat kita nampak Allah swt, Allah swt nampak kita atau sekurang-kurangnya Allah swt nampak kita] ada pahala besar. Satu kejayaan kalau kita ikhlas beribadat dan beramal. Orang yang pakai serban 70 kali ganda lebih baik dari orang lain. Lagipun, smart apa pakai serban. Nampak macho and fierce also cool. Allah suka orang yang ikut sunnah Nabi. Nabi kan kekasih Allah, jadi orang yang ikut sunnah Nabi Allah akan kasihi. setiap amalan dan ibadat kita jagalah seelok-eloknya niat di hati tu. sabda Rasulullah dalam sebuah hadith; mafhumnya: "Umatku pada akhir zaman akan ramai yang mensyirikkan Allah swt." Tanya para sahabat, "adakah mereka akan menyembah matahari dan bulan ya Rasulullah?" Jawab Baginda saw, "tak, mereka beribadat dan beramal kerana orang di sekeliling mereka." MasyaAllah... Pikir2kanlah ya. Ikhlaskan perbuatan kerana Allah swt. Sampai2kanlah perkara tentang agama kepada saudara sesama Islam kita di sekeliling. Kalau tak buat dakwah, lama-kelamaan agama akan tercabut dari kehidupan. Sudah terbukti jelas dan nyata bagaimana kaum2 terdahulu akibat tidak buat dakwah agama tercabut dari kehidupan. Sebagai contoh kaum Bani Israel; mula2 Nabi Allah Musa sampaikan agama mereka ikut, wafat jek Nabi Musa, terus balik pada penyembahan patung lembu emas ciptaan Samiri. MasyaAllah. Bila agama dah dicabut dari kehidupan, habislah kehidupan. Sebarkan pada orang sekeliling kita tentang kebesaran Allah swt dan sunnah Rasulullah saw. Banyakkan cakap2 pasal agama agar timbul yakin dalam hati kita pada Allah swt. Agungkan Allah swt, cintai Rasulullah saw baru ada kejayaan. Ajak kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan saudara se-Islam mengagungkan dan membesarkan Allah Azza Wa Jalla. Jangan Islam pada nama jek, buktikan yang nama Islam kita tu memang sesuai dengan kita sebagai seorang yang dilahirkan untuk berdakwah, tak kira laki perempuan. yang laki dakwah laki, perempuan dakwah perempuan. InsyaAllah ya tuan2.




Dakwah/Tabligh
AAMA
[Sebarkan Salam. Wasalam]

No comments:

Post a Comment