Monday, October 3, 2011

Islam itu agamaku, Islam itu peganganku

Assalamualaikum. Lama rasanya tak 'update' blog kureng famous ni. Dah berhabuk dah blog ni. Busy. Oke, entry kali ni just a simple and compact but meaningful entry. Takda nak cakap banyak sangat. Apa yang cuba saya sampaikan ialah wahai saudara-saudara seagama denganku yang bergelar dan mengaku diri itu mukmin dan muslim, ayuh bangkitlah menegakkan Islam dan segala syariat dan hukumnya kembali di muka bumi ini. Kenapa? Lihatlah dunia sekeliling; banyak asakkan, tujahan dan penghinaan yang makin menjadi-jadi terhadap agama kita yang tercinta. Kafir laknat dengan bangga dan beraninya memijak-mijak Islam kita yang tercinta, bukan seperti dulu yang hanya merendah-rendahkan sahaja. Mana pergi sensitiviti (sekurang-kurangnya) terhadap agama kesayangan kita yang telah kita pertahankan sejak dari kukuhnya ia di dalam dunia yang fana ini? Mana pergi sifat dan rasa kehambaan kita kepada Allah s.w.t? Apakah semua telah sibuk dengan menjadikan dunia sebagai maksud hidup? Akhirat apa cerita? dah tak nampak akhirat? Semua sibuk nak jadi tuan dalam dunia ni sampai langsung buang sifat kehambaan dalam diri.

Wahai saudara-saudara seagamaku,
ayuh bukalah mata hatimu yang tertutup sekian lama. Walaupun anda telah buka tetapi bukakanlah ia seluas-luasnya lagi dan lihatlah dunia ini dengan maksud sebenar dan perhatikan 'keindahannya'. Cuba risaukan tentang agama dan umat dari risaukan tentang fitnah2 dunia yang membawa kita kepada penenggelaman bersama kejahatan dan kemungkaran. Lihatlah sekeliling kita; lihat bagaimana agama semakin kusam dan suram dalam kehidupan. Perkara yang paling utama dalam agama pun (solat lima waktu) terumbang-ambing. Tiang agama (rukun Islam dan Iman) pun sama, kucar-kacir, padahal benda ni lah yang menjadikan kita beringat tentang agama dan yakin pada Allah s.w.t. Ini belum lagi cerita pasal yakin dan keimanan pada Allah dan lain-lain perkara lagi. Dapat jaga solat, insyaAllah dapat fikir dan risau pada agama dan umat selain mata hati jadi lebih terang dalam melihat kekurangan dunia dan kelebihan akhirat.

Oh saudara-saudara seagamaku,
tak perlulah sibukkan diri dengan pemimpin itu begini, pemimpin itu begitu dan macam2 hal yang berkaitan dunia. Nasihatku hanyalah: ikut yang mana benar, terutama mana yang ingin menegakkan syariat Islam dalam dunia yang semakin menghindari Islam ini. Syariat Islam tertakluk pada semua perkara; hukum, kebajikan, keselamatan dan lain-lain lagi. Kita menyibukkan diri dengan hal dunia; menjadikan dunia maksud hidup sehingga lalai tentang agama dan akidah, menyebabkan Islam mudah2 ditindas dan dipijak-pijak oleh kafir-kafir laknat. Kafir-kafir laknat ni awalnya hanya berani merendah-rendahkan Islam, tetapi sejak-sejak lampu hijau diberi oleh Amerika berserta sekutunya Britain dan Israel (tindakan menyerang Islam secara psikologi dan fizikal) serta Malaysia, semakin berapi mereka bertindak menghentam Islam. Malah, orang Islam (Islam ke? rasanya layak dapat title Melayu jek) sendiri pun bertindak melemahkan dan menghentam Islam. MasyaAllah, subahat dengan kafir laknat? Apa nak jadi?

Tuntasnya,
Bangkitlah wahai mukmin dan muslim sekalian. Bangkit mengangkat dan mengagungkan kembali kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah seperti mana dahulukala. Bangkitlah mengangkat senjata menegakkan syariat Islam. Kita dilahirkan sebagai seorang pejuang, pejuang dalam segala medan perang, dan title Tentera Allah s.w.t itu memang milik kita hanya yang memisahkan dan membezakan ialah cara kita menghayati dan melaksanakan title itu. Sedarkan juga diri kita bahawa kita adalah hamba, hamba Allah s.w.t, dan bukalah mata hati kita seluas-luasnya melihat dunia ini yang sebenarnya. Ayuh timbulkan semangat Jihad Fisabilillah, yang telah kafir laknat hapuskan makna sebenarnya, kembali dalam diri kita dan hayatilah ia dengan sepenuhnya. InsyaAllah, janji Allah s.w.t sentiasa benar. Menangnya kafir laknat hari ini tidak bererti sampai kiamat mereka miliki kemenangan itu, al-Quran dan hadith merupakan kebenaran dan pernyataan dari sumber ini akan menjadi kebenaran menangkis segala kebatilan.



La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah!
If you ask me who am I,
this is what I will reply:
I am the soldier of Allah and His servant now and forever!
For La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah I live, and
for La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah i will die.
My last word before I departed to hereafter is
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH!



-AAMA-
"Ya Allah ya Halimul Karim, Subhanallahi rabbil arsyil a'zim , biarlah aku hina di dunia kerana apa yang aku mahukan ialah kemuliaan akhirat"

No comments:

Post a Comment