Showing posts with label La Ilaha Illallah. Show all posts
Showing posts with label La Ilaha Illallah. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Sebenarnya Cinta.


Christina Perri - A Thousands Years
Twilight Breaking Dawn pt. 1



Ya Allah, apakah rasa ini ? Apakah memang dia ? Maksudku, apakah dia yang pernahku cuba ingin bersama suatu masa dulu ? Ibarat bertemu kembali setelah kau pisahkan kami selama dua tahun lamanya dan aku menyepi mengikut hawa nafsu melayari kehidupan bernoda. Dia yang sepertiku, berubah ke JalanMu ya Allah, setelah Kau berikan taufiq dan hidayah kepada kami. Dia yang kembali melintasi hati dan rasa ini. Dia yang aku jatuh cinta kerana kekuatannya dan akhlaknya walaupun lamanya menyepi. Dia yang sentiasa dekat di sisi walau jauh rasa cinta itu. Apakah dia itu Sebenarnya Cintaku dariMu, ya Allah ? Hanya yang kutahu sebenar cintaku hanya padaMu ya Allah, pada utusanMu Muhammad SAW dan pada kedua ibu bapaku. Apakah selama ini aku dibutakan nafsu memilih yang bukan untukku sekadar menjadikan aku jauh daripada Mu, ya Allah ? Hanya yang kutahu aku telah banyak berdosa kepadaMu ya Allah. Apakah aku tidak sedar akan perkara ini ? Hanya yang kutahu dia mungkin lebih memilih lelaki yang lebih mulia dariku. Dari itu, aku menjauhkan diriku daripadanya. Perasaan ini datang kembali namun kali ini membuatkan aku berfikir tentang keindahan dan kebesaranMu. Kerana dia, aku berfikir tentang Kau, ya Allah. Kerana dia, aku memilih kesucian dari kebatilan. Kerana dia, aku jadi malu terhadap diriku sendiri. Kerana dia, aku jadi dewasa. Kerana dia, aku kenal erti cinta sebenar yang Kau hadirkan. Benar kata - kata orang; kerana Iman, kita akan lihat perkara yang baik jauh lebih banyak dari perkara yang buruk. Iman paksi cintaku pada dia. Imanku padaMu ya Allah yang menjadikan aku memilih dia. Tidak kuharapkan rupa menawan seperti bidadari, akhlak seindah muslimah sejati, ketabahan sekuat srikandi Islam, harta menggunung dan segalanya. Hanya kuharap dia yang cukup serba - serbi untuk dijadikan seorang isteri yang sah menurut Islam. sekadar CUKUP. Cukup untuk mewujudkan keluarga sakinah dan mengekalkan Bai'ah Islamiah di muka bumi yang sementara ini. Padaku dia bidadari, cukup muslimah, cukup srikandi dan cukup segalanya. CUKUP. Aku lemah dalam perkara sebegini ya Allah. Bimbinglah aku, jangan tinggalkan aku lagi dan biarkan aku sesat di dalam lembah noda. Izinkan aku bersamanya untuk selamanya ya Allah. Izinkan dia manjadi jodohku dan isteriku, hingga nafas terakhirku. Mungkin dialah Sebenarnya Cinta. Sebenarnya Cintaku DariMu.


Menangis tak bersuara,
Menyanyi tak bernada,
Hanya kerana Dia,
Aku tetap sedia,
Demi akhirat dan dunia.
Kasih hanya satu,
Walau terpaksa pergi dahulu,
Tetap akanku beradu,
Demi yang satu.
AAMA...

Friday, October 28, 2011

Doaku padaMu Ya Allah s.w.t..

Bismillahi Rahmanir Rahim..

"Lailaha Illallahul halimul karim, subhanallahi rabbi arsyil 'azim..
Ya Allah Yang Maha Kuasa, Maha Perkasa lagi Maha Agung..
dengan serendah dirinya dan dengan penuh penghinaan hambaMu ini memohon perlindungan dan keselamatan dari setiap fitnah dan hinaan yang tertimpa atau ditimpakan atas agamaMu yang suci dan mulia ini.
Kuatkan iman dan yakin kami kepadaMu Ya Allah agar kami dapat berdiri untuk menyebarkan dan menegakkan agamaMu yang suci lagi mulia ini. Biarkan dan biarlah kami mati kerana mempertahankan dan menegakkan agamaMu dari agamaMu hancur dan hilang dari muka bumi sebelum tibanya kiamatMu.
Ya Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Besar, berilah kami kekuatan dan keyakinan untuk terus berjuang atas agamaMu dan terus membesarkan Kau di atas muka bumi sementara kiamat masih jauh. Semoga Islam dan kalimah Lailaha Illallah Muhammad Rasulullah kekal berkuasa dan segar di atas muka bumi dan di dalam sanubari mukmin dan mujahid."

Allahumma ameen, Allahumma ameen, Allahumma ameen..





Doaku padaMu Ya Allah s.w.t buat para mukmin dan mujahid untuk semarak jiwa Jihad Fisabilillah demi Islam.. 
[Hidupkan kembali sunnah2 Rasulullah s.a.w.. mantapkan kembali iman dan yakin.. tingkatkan amal..]

AAMA

Lailaha Illallah Muhammad Rasulullah! Allahu Akhbar!
JIHAD, JIHAD, JIHAD!
JIHAD FISABILILLAH!
ANGKATLAH PEDANG-PEDANGMU WAHAI MUKMIN DAN MUJAHID, KEMBALI TEGAKKAN DAN PERTAHANKAN ISLAM DEMI ALLAH S.W.T! TENTANG KEMUNGKARAN, BANGKITKAN KEBENARAN!

Monday, October 3, 2011

Islam itu agamaku, Islam itu peganganku

Assalamualaikum. Lama rasanya tak 'update' blog kureng famous ni. Dah berhabuk dah blog ni. Busy. Oke, entry kali ni just a simple and compact but meaningful entry. Takda nak cakap banyak sangat. Apa yang cuba saya sampaikan ialah wahai saudara-saudara seagama denganku yang bergelar dan mengaku diri itu mukmin dan muslim, ayuh bangkitlah menegakkan Islam dan segala syariat dan hukumnya kembali di muka bumi ini. Kenapa? Lihatlah dunia sekeliling; banyak asakkan, tujahan dan penghinaan yang makin menjadi-jadi terhadap agama kita yang tercinta. Kafir laknat dengan bangga dan beraninya memijak-mijak Islam kita yang tercinta, bukan seperti dulu yang hanya merendah-rendahkan sahaja. Mana pergi sensitiviti (sekurang-kurangnya) terhadap agama kesayangan kita yang telah kita pertahankan sejak dari kukuhnya ia di dalam dunia yang fana ini? Mana pergi sifat dan rasa kehambaan kita kepada Allah s.w.t? Apakah semua telah sibuk dengan menjadikan dunia sebagai maksud hidup? Akhirat apa cerita? dah tak nampak akhirat? Semua sibuk nak jadi tuan dalam dunia ni sampai langsung buang sifat kehambaan dalam diri.

Wahai saudara-saudara seagamaku,
ayuh bukalah mata hatimu yang tertutup sekian lama. Walaupun anda telah buka tetapi bukakanlah ia seluas-luasnya lagi dan lihatlah dunia ini dengan maksud sebenar dan perhatikan 'keindahannya'. Cuba risaukan tentang agama dan umat dari risaukan tentang fitnah2 dunia yang membawa kita kepada penenggelaman bersama kejahatan dan kemungkaran. Lihatlah sekeliling kita; lihat bagaimana agama semakin kusam dan suram dalam kehidupan. Perkara yang paling utama dalam agama pun (solat lima waktu) terumbang-ambing. Tiang agama (rukun Islam dan Iman) pun sama, kucar-kacir, padahal benda ni lah yang menjadikan kita beringat tentang agama dan yakin pada Allah s.w.t. Ini belum lagi cerita pasal yakin dan keimanan pada Allah dan lain-lain perkara lagi. Dapat jaga solat, insyaAllah dapat fikir dan risau pada agama dan umat selain mata hati jadi lebih terang dalam melihat kekurangan dunia dan kelebihan akhirat.

Oh saudara-saudara seagamaku,
tak perlulah sibukkan diri dengan pemimpin itu begini, pemimpin itu begitu dan macam2 hal yang berkaitan dunia. Nasihatku hanyalah: ikut yang mana benar, terutama mana yang ingin menegakkan syariat Islam dalam dunia yang semakin menghindari Islam ini. Syariat Islam tertakluk pada semua perkara; hukum, kebajikan, keselamatan dan lain-lain lagi. Kita menyibukkan diri dengan hal dunia; menjadikan dunia maksud hidup sehingga lalai tentang agama dan akidah, menyebabkan Islam mudah2 ditindas dan dipijak-pijak oleh kafir-kafir laknat. Kafir-kafir laknat ni awalnya hanya berani merendah-rendahkan Islam, tetapi sejak-sejak lampu hijau diberi oleh Amerika berserta sekutunya Britain dan Israel (tindakan menyerang Islam secara psikologi dan fizikal) serta Malaysia, semakin berapi mereka bertindak menghentam Islam. Malah, orang Islam (Islam ke? rasanya layak dapat title Melayu jek) sendiri pun bertindak melemahkan dan menghentam Islam. MasyaAllah, subahat dengan kafir laknat? Apa nak jadi?

Tuntasnya,
Bangkitlah wahai mukmin dan muslim sekalian. Bangkit mengangkat dan mengagungkan kembali kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah seperti mana dahulukala. Bangkitlah mengangkat senjata menegakkan syariat Islam. Kita dilahirkan sebagai seorang pejuang, pejuang dalam segala medan perang, dan title Tentera Allah s.w.t itu memang milik kita hanya yang memisahkan dan membezakan ialah cara kita menghayati dan melaksanakan title itu. Sedarkan juga diri kita bahawa kita adalah hamba, hamba Allah s.w.t, dan bukalah mata hati kita seluas-luasnya melihat dunia ini yang sebenarnya. Ayuh timbulkan semangat Jihad Fisabilillah, yang telah kafir laknat hapuskan makna sebenarnya, kembali dalam diri kita dan hayatilah ia dengan sepenuhnya. InsyaAllah, janji Allah s.w.t sentiasa benar. Menangnya kafir laknat hari ini tidak bererti sampai kiamat mereka miliki kemenangan itu, al-Quran dan hadith merupakan kebenaran dan pernyataan dari sumber ini akan menjadi kebenaran menangkis segala kebatilan.



La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah!
If you ask me who am I,
this is what I will reply:
I am the soldier of Allah and His servant now and forever!
For La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah I live, and
for La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah i will die.
My last word before I departed to hereafter is
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH!



-AAMA-
"Ya Allah ya Halimul Karim, Subhanallahi rabbil arsyil a'zim , biarlah aku hina di dunia kerana apa yang aku mahukan ialah kemuliaan akhirat"

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan al-Mubarak wal Barakah

Salam Ramadhan al-Mubarak wal Barakah 1432 Hijrah/2011 Masehi

dari MOHAMMAD IQRAM AKEEF BIN MOHD AMIN sekeluarga kepada sahabat2, jiran2 dan seluruh muslimin dan muslimat sekalian [walaupun dah terlewat hahaa (4 ramadhan dah ni)]. Selamat menjalani ibadah puasa, beramal meningkatkan iman dan menjalankan tugas2 dakwah dan harian seperti biasa insyaAllah.

AAMA

Wednesday, June 29, 2011

Janji Setia Satu Kaum Yang Mulia

"Kamilah yang berbai'ah dengan Nabi Muhammad SAW, atas nama Islam selagi mana NYAWA dikandung badan."


[Para Sahabat RA]






"Kami satu kaum yang dimuliakan Allah SWT dengan Islam. Maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam akan dihina Allah SWT."


[Saidina Umar al-Khattab RA]

Tuesday, June 28, 2011

Dakwah tuan2!

Petikan-petikan yang merangsang iman aku untuk terus berdakwah dan beramal serta berjuang di Jalan Allah swt:




[Para Sahabat RA]
"Hidup mulia ATAU mati sebagai SYUHADA."
[Sa'ad bin Abi Waqqas RA]
"Aku adalah salah satu daripada panah-panah Islam. Tujukan aku ke mana sahaja."
[Abu Dujanah RA]
"Aku berjanji tidak akan berada dalam barisan yang terakhir."
[Hadith Nabi Muhammad saw]
"Bekerjalah seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi namun beribadatlah seperti kamu akan mati pada keesokkan harinya."
Antara petikan-petikan lain:
"Live for Dakwah, Die for Syahid!"
"I'm Not Ready To Die! Before I do dakwah and achieved Syahid."
"Kiamat itu pasti tetapi mati itu lagi pasti. Jarak kiamat dengan kamu adalah jauh namun mati itu sangat menghampiri."


Impianku ialah (ayat style Naruto): Menjadi seperti Saidina Umar al-Khattab RA [Bapa Singa] dan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib RA [Singa Allah]!
AAMA

Sunday, June 26, 2011

Nukilan Ahad petang AAMA.

AsSalam...
<<< Apsal serban? Ape kene serban dengan entry kali ni? meh aku nok cerito dekak mung semuo... (kece klate plop doh lo ni. hahaha)


Subuh tadi, bayan subuh dekat Sri Petaling...

Maulana Amir Hamzah: Ingat tuan2 yang mulia, Allah Maha kuasa, makhluk takda kuasa. Hanyasanya Allah swt yang jadikan tiap2 sesuatu itu bermanfaat ataupun tidak. Makanan tak bagi kenyang tuan2 tapi Allah yang bagi. Tidur tak merehatkan diri sebaliknya Allah yang jadikan tidur itu merehatkan.
Maulana Amir Hamzah: Tuan2, kerja dakwah ni penting tuan2. Ni kerja para Anbia tuan2. Kerja yang mulia. Hanyasanya umat Nabi Muhammad saw yang dipertanggungjawabkan dan kita tidak ada rehat untuk kerja ini tuan2. Kerja ini sampai mati. Takda sekarang buat dakwah, sekejap lagi nak pergi buat kerja lain stop kejap dakwah. Takda tuan2. Pahala besar tuan2.
Maulana Amir Hamzah: Tuan2, sekarang ni kita nak tanamkan hakikat dan keyakinan bahawa Allah swt sajalah yang Maha Kuasa dan makhluk takda kuasa dalam hati kita dan hati saudara sesama Islam kita. kita nak sampaikan perkara ni tuan2 supaya saudara2 kita kembali pada agama dan tingkatkan dan mantapkan keimanan mereka pada Allah swt tuan2. Kita nak usahakan agama Allah tuan2 sepanjang masa, pada diri kita dan juga saudara sesama Islam kita.
Maulana Amir Hamzah: Setiap sesuatu yang kita lakukan tuan2, ikhlaskan niat kita. Dalam buat dakwah tuan2, ikhlaskan diri kita, demi agama Allah ni tuan2! ikhlaskan diri kita dalam buat ibadat dan amal kita kepada Allah, demi agama Allah tuan2! Letakkan Allah swt dan Rasulullah saw dalam hati kita tuan, dengan ikhlas. Patuh perintah Allah, ikut contoh Rasulullah, ikhlas! Dengan hidup beragama dan bersunnah sahaja baru berjaya tuan2! Dalam agama dan sunnah ada kejayaan tuan2!


Jadi, apa kaitan dengan serban? camnilah, serban adalah sunnah Nabi saw. Dengan sunnah baru ada kejayaan. Dakwah adalah kerja para Anbia. Kerja ni mulia, umat Nabi Muhammad jek yang dapat, umat nabi lain tak. Ada kejayaan dalam usaha atas agama ni. Beribadat dan beramal dengan ikhlas [ibarat kita nampak Allah swt, Allah swt nampak kita atau sekurang-kurangnya Allah swt nampak kita] ada pahala besar. Satu kejayaan kalau kita ikhlas beribadat dan beramal. Orang yang pakai serban 70 kali ganda lebih baik dari orang lain. Lagipun, smart apa pakai serban. Nampak macho and fierce also cool. Allah suka orang yang ikut sunnah Nabi. Nabi kan kekasih Allah, jadi orang yang ikut sunnah Nabi Allah akan kasihi. setiap amalan dan ibadat kita jagalah seelok-eloknya niat di hati tu. sabda Rasulullah dalam sebuah hadith; mafhumnya: "Umatku pada akhir zaman akan ramai yang mensyirikkan Allah swt." Tanya para sahabat, "adakah mereka akan menyembah matahari dan bulan ya Rasulullah?" Jawab Baginda saw, "tak, mereka beribadat dan beramal kerana orang di sekeliling mereka." MasyaAllah... Pikir2kanlah ya. Ikhlaskan perbuatan kerana Allah swt. Sampai2kanlah perkara tentang agama kepada saudara sesama Islam kita di sekeliling. Kalau tak buat dakwah, lama-kelamaan agama akan tercabut dari kehidupan. Sudah terbukti jelas dan nyata bagaimana kaum2 terdahulu akibat tidak buat dakwah agama tercabut dari kehidupan. Sebagai contoh kaum Bani Israel; mula2 Nabi Allah Musa sampaikan agama mereka ikut, wafat jek Nabi Musa, terus balik pada penyembahan patung lembu emas ciptaan Samiri. MasyaAllah. Bila agama dah dicabut dari kehidupan, habislah kehidupan. Sebarkan pada orang sekeliling kita tentang kebesaran Allah swt dan sunnah Rasulullah saw. Banyakkan cakap2 pasal agama agar timbul yakin dalam hati kita pada Allah swt. Agungkan Allah swt, cintai Rasulullah saw baru ada kejayaan. Ajak kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan saudara se-Islam mengagungkan dan membesarkan Allah Azza Wa Jalla. Jangan Islam pada nama jek, buktikan yang nama Islam kita tu memang sesuai dengan kita sebagai seorang yang dilahirkan untuk berdakwah, tak kira laki perempuan. yang laki dakwah laki, perempuan dakwah perempuan. InsyaAllah ya tuan2.




Dakwah/Tabligh
AAMA
[Sebarkan Salam. Wasalam]

Monday, June 6, 2011

AsSunnah Rasulullah SAW









Allah Maha Kuasa,Makhluk Langsung Tiada Kuasa









Tuan-tuan,sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada kejayaan.



Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan Maha Berkuasa.



Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t.



Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.



Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.



Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.



Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhanAllah dan alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu”

(HR. Tirmizi)



Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”


Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih.



Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.



Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.



Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.



Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )

"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )














Lihat tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama.



Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.



Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri.Islam agama yang sosial dan komuniti.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.


5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.



Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:



"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)



Kita tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.



Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan.



Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya:



Kaab bin Malik r.a bercerita,

"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali"

(diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber dari bapanya)





Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?



Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.



Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?



Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini lebih bertamadun.



Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah.



Hamba Allah:Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun.



Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini sampai mati.



Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.













Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan).



Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.



Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi.



Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik.







Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan.



Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak saintifik.





Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.



Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan.



Begitulah tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi.



Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.



Oleh itu tuan-tuan,marilah kita amalkan sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan?











































SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.
































Ya Allah!Rupanya Engkau telah letakkan kejayaan di dalam sunnah nabi.Ya Allah!Pilihlah kami untuk amalkan sunnah kekasih-Mu.Ya Allah!Mudahkan kami untuk amal sunnah kekasih-Mu!










p/s: credit to MistisFiles. TASYKIL! INSYAALLAH! TABLIGH!

Monday, May 9, 2011

cerita cinta

Kisah Adam dan Hawa...






Adam diciptakan sebagai manusia pertama oleh Allah swt. Tinggal seorang di syurga tanpa teman dan lalu dia menginginkan seorang. Allah swt perkenankan akan permintaannya lalu telah menciptakan bagi Adam seorang teman, iaitu Hawa. Hawa merupakan godaan untuk Adam dan ujian dari Allah swt menguji ketaatan Adam. Hawa telah membawa Adam kearah ujian Allah tersebut hasil hasutan syaitan kepada Hawa untuk mengajak Adam sama2 makan dan nikmati buah yang dilarang Allah swt. Akibat perkara tersebut, mereka telah dibuang dari syurga Allah swt...


Mereka dipisahkan beratus ribu batu jauh, perjalanan untuk bertemu kembali mengambil masa yang amat lama. Dalam pencarian yang penuh duka dan lara itu, Adam dan juga hawa terkenang akan kesilapan mereka dan kenangan mereka...


"Ya Allah, ampunkan dosaku Ya Allah, terimalah aku kembali Ya Allah. Ampunkan  aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah", pinta dan doa Adam tidak putus kepada Allah memohon pengampunan dan ditemukan kembali dengan Hawa. "Ya Allah, aku amat berdosa kepadu Ya Allah wahai Pemilikku, Penciptaku. Ampunkan aku Ya Allah, ampunkanlah. terimalah aku kembali Ya Allah", berterusan rayuan dan doa Adam. Begitu juga Hawa...


Allah menemukan mereka kembali, kerana kasih sayang Allah kepada mereka. Namun, hati Adam dan Hawa tidak lagi kali ini seperti dulu. Mereka berasa amat bersalah dengan Pencipta mereka kerana mengingkariNya. Mereka terus menerus hidup memohon keampunan dari Allah swt. Adam terus menerus menangis dan tunduk tidak berani mengangkat kepala ke langit sebab akan takutkan Allah swt. Lailaha Illallah...


Adam bertemu cinta hati, tapi tidak bertemu cinta Ilahi. Terus Adam dan Hawa hidup di dunia dalam kesedihan sehingga Adam memohon keampunan melalui perantaraan nama MUHAMMAD saw yang dia terpandang sewaktu dibuang keluar dari syurga Allah swt. Melalui nama itu, Allah swt ampunkan mereka berdua dan mereka hidup seperti biasa atas rahmat Allah sehingga kita semua dilahirkan. Zuriat adam tidak putus dan ada sesetengahnya melalui perkara yang sama seperti Nabi Adam as lalui dalam percintaan dan kehidupan seharian. Salah satunya, diriku sendiri. Kisahku agak sama dengan bapaku Adam as. Aku dipertemukan setelahku pinta, bahagia, diuji Allah swt, berpisah, bertemu kembali, bahagia dan kemudian akhirnya berpisah kembali (adakah akanku bertemu kembali? Semuanya dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah swt). Semuanya berlaku atas kehendak dan kuasa Allah swt. Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Aku amat meyakini itu.


Bukan aku menulis cerita ini kerana aku ingin bercakap soal cinta semata-mata, yang sebenarnya ingin dibicarakan di sini ialah soal keimanan dalam cinta itu. Apakah cinta yang sebenarnya? Cinta manusia atau cinta Allah swt? Astaghfirullah...
Cinta Allah swt itu cinta sebenar. Cinta manusia adalah perantaraan dan ujian. Apa yang penting ialah keimanan dalam percintaan itu. Mengapa? Sebab iman ini mudah rapuh dalam situasi cinta kepada manusia. Iman...
Sedangkan Nabi Adam as sendiri dalam mencari kembali cintanya masih lagi berteraskan iman. Baginda yakin akan Allah itu Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Baginda tidak minta kepada yang lain selain Allah swt. Baginda terus menerus berdoa dan berharap kepada Allah kerana baginda yakin Allah itu Maha Kuasa. Nah! tidakkah ini merupakan hakikat keimanan? Meyakini Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa? Apa lagi yang kita mahukan? bukankah Allah swt berhak atas hidup kita? Allah swt yang beri manfaat, Allah swt yang beri mudharat. Fikirkanlah wahai muslimin muslimat...


Lailaha Illallah, Muhammadur Rasulullah...
Laksanakan perintah Allah ikut cara Rasulullah saw. Iman saudara, iman. satu benda ghaib namun kita sangat2 dapat merasainya, tatkala ia lemah dan tatkala ia kuat. Bagaimana dapat rasa? sebab kita betul2 meyakininya, Meyakini Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Yakinlah Allah Maha Kuasa, makhluk takda kuasa. Cintailah iman dan bercintalah dalam iman. Jaga iman dengan tingkatkannya, bukan kekalkannya. Cerita ini demi Allah swt bukan sekadar hendak cakap pasal cinta, tetapi tentang iman juga. InsyaAllah, fikir dan usaha atas iman dan amal. Dahulukan iman, kemudian ilmu dan akhir sekali amal. Tanpa iman, ilmu tidak berguna dan amal entah ke mana. Demi Allah aku berani bersumpah dan akui sendiri, aku mengalaminya. Jadikanlah cerita ini sebagai pedoman dan hayatilah, bukan hayati cinta tapi IMAN. insyaAllah.








(Aku di sini bukan untuk mengajar, tapi mahu sama2 belajar. kalian semua ada yang lebih baik dariku yang mana kalau ada salahku dalam menyampaikan perkara berkaitan agama, dapatlah diperbetulkan agar dapat manfaat dari Allah swt bersama. InsyaAllah. Usaha atas agama ganjarannya besar dari Allah swt; kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah swt akan tolong kita dalam urusan dunia kita. Alhamdulillah)

Saturday, May 7, 2011

Fikir dan Usaha atas Iman dan Amal.

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, Tuhan Yang Maha Melihat, Tuhan Yang Maha Mengetahui. Wahai Allah, terlampau banyak dosa yang telah, sedang dan akan aku lakukan (tanpa kusedari Ya Allah). banyak dosaku padaMu Ya Allah. aku sangat takut dengan dosaku ini akan menghalang semua hubunganku denganMu wahai Allah. kau mendengar, melihat dan mengetahui walau sebesar zarah setiap dosaku Ya Allah, walaupun yang aku sembunyikan wahai Allah. aku sangat takut, sangat takut terputus hubungan denganMu Ya Allah dan diambil nikmat keimanan olehMu Ya Allah. wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ampunkanlah dosa2ku Ya Allah. aku ingin bertaubat Ya Allah tetapi aku takut aku tidak berdaya dan takut akan mengulangi dosa2ku Ya Allah. aku lemah Ya Allah. kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk memperbaiki imanku dahulu Ya Allah sehingga mana aku dapat bertaubat kepadaMu Ya Allah. Ya Allah, aku ingin mendekatiMu Ya Allah. Jangan Kau sisihkan aku Ya Allah dari pandanganMu, pendengaranMu, pengetahuanMu, rahmatMu dan pertolonganMu Ya Allah. aku ingin untuk berada dalam bahagiaMu Ya Allah. temani aku wahai Allah. pimpini aku wahai Allah. bantulah aku Wahai Tuhan Yang Maha Pembantu. bawalah aku kembali ke jalan yang Engkau redhai. bawa sekali denganku ibu bapaku, ahli keluargaku, kekasihku (D***** ******A) yang telah kau ciptakan untukku, ahli keluarganya dan para sahabatku wahai Allah. berikan kami petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. lorongkan kami kearah jalan FIKIR DAN USAHA ATAS IMAN DAN AMAL kami kepadaMu Ya Allah. kasihanilah kami Ya Allah, kasihanilah wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Allahumma ameen, Allahumma ameen, Allahumma ameen. ameen Ya Rabb."






Kata salah seorang sahabat Rasulullah SAW (kalau salah tolong betulkan ye, kita sama2 belajar. insyaAllah. astagfirullahal 'azim):
"Aku tinggalkan urusan duniaku kepada Allah untuk urusan akhiratku yang telah Allah pertanggungjawabkan (yang jauh lebih penting dari urusan dunia) atasku untukku peliharanya sehingga Hari Pertimbangan tiba."





Dunia Jambatan ke Akhirat.
Iman, Ilmu dan Amal; carilah ketiga-tiga perkara ini untuk dunia dan akhirat, insyaAllah.
AAMA

Friday, May 6, 2011

Zikrullah.

"Menangis kerana Allah swt (mengenangkan tentang iman dan dosa) adalah lebih baik dari solat sunat 2 rakaat sepanjang malam."

"Tangisan kerana Allah swt itu dapat menghapuskan dosa2 dan menyucikan hati (kerana iman yang lemah dan dosa yang banyak)."



menangani masalah hati (pelbagai) ini ada banyak care:
1. perbanyakkan berzikir mengingati Allah swt
2. amalan bacaan al-Quran
3. solat sunat 2 rakaat
4. baca hadith
5. berbicara tentang agama @ dengar2 bicara tentang agama
6. keluar (jalankan kerja agama @ da'wah) di jalan Allah
7. jaga solat 5 waktu 
8. amalan solat sunat tahajjud
dan lain2 lagi, insyaAllah.

Zikrullah penenang hati dan penyerahan diri kepada Allah (insyaAllah):

اللهم لا مانع لما أعطيت
(Allahumma laa maani'a limaa a'toita)
Ya Allah, tiada ada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan..

ولا معطي لما منعت
(wa laa mu'tiyya limaa mana'ta)
dan tiada ada yang dapat memberi apa yang telah Engkau halang..

ولا ينفع ذا الجد منك الجد
(wa laa yanfa'u zal jaddi minkal jaddu)
dan tiada memberi manfaat kepada orang yang mempunyai kekayaan akan kekayaan mereka daripada Engkau wahai ya Allah...

(HR Muslim)





Thursday, May 5, 2011

Antara doa Nabi SAW ketika sujud. Bererti bagi sesiapa yang menghayatinya, insyaAllah.

"Sujud (solat) dan mintalah pada Tuhanmu (Allah SWT), nescaya Dia akan memperkenannya (memberikan). Allah itu Maha Pemberi dan Dia lebih mengetahui."

اللهم إني أعوذ برضاك من سخطك
(Allahumma inni a'uuzu bi ridhaka min sakhatik)
Ya Allah, aku berlindung dengan redhaMu daripada marahMu..

وبمعافاتك من عقوبتك
(wa bimu'aafaatika min 'uquubatik)
aku berlindung dengan 'afiatMu (kesejahteraanMu) daripada hukumanMu..

وأعوذ بك منك
(wa a'uuzu bika minka)
dan aku berlindung denganMu daripada tindakanMu..

لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك
(laa usshi thanaan 'alaika anta kamaa athnaita 'ala nafsik)
tiada dapatlah aku ini untuk menghitung pujian kepadaMu..
Engkau itu wahai Allah sepertimana yang Engkau puji diriMu...

اللهم آمين
(Allahumma ameen~)
Ya Allah, perkenankanlah...

(HR Muslim) -mood:begitu mengharap-